Selasa, 1 November 2016

SIAPA KATA LEMAK MEMBUAT ANDA GEMUK .  Fat does not make you FAT.

Ramai orang takut lemak lebih dari takut hantu. Jangan biarkan LEMAK menghantui anda. Hantu takut lemak, makanya, dan  kurus sebab itu kita boleh nampak tengkorak dan tulang dadanya hantu jika terjumpa di malam hari di lorong gelap.

Yang membuat anda GEMUK ialah KARBOHIDRAT DAN GULA . Contoh karbohidrat (karbo) ialah nasi, mee, pasta, segala jenis roti dari gandum, kueh, kek, cucur bawang. Semua gula yang puteh ke, perang ke, gula Melaka ke asalkan manis. Sudah tentu gula puteh lebih jelek dari gula Melaka kerana cara proses dan kemasukan kimia dll.

Minuman cola, kordial, sirap, teh atau kopi tarek, buahan yang manis, mengandungi banyak gula.
Sayuran dan buahan juga mengandungi karbo, tetapi karbo dari sumber ini baik kerana ada serat, vitamin, galian dan sebagainya.

Karbo yang di makan akan bertukar menjadi gula glukosa dalam badan dan terapung dalam saluran darah. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin menarik gula ini dan menghantar kepada sel sel badan untuk tenaga. Tetapi jika banyak gula dan karbo di makan, gula terapung akan banyak menjana lonjakan insulin.

Apabila gula banyak, dan tidak semuanya mampu di terima oleh sel, bakinya akan di simpan oleh insulin dalam bentuk lemak. Nah sekarang anda tahu yang anda tak perlu makan lemak untuk jadi gemuk. Gula dan karbo adalah punca obisiti dan lein lain penyakit yang ada kaitan dengan lonjakan insulin dalam badan.

Isnin, 31 Oktober 2016

Assalamualaikum dan Salam sejahtera and Hi to all.

Ini adalah catatan pertama saya, Coach Zack, untuk di kongsikan dengan anda semua.
Sihat Outreach memberi fokus kepada usaha untuk terus sihat, atau untuk kembali sihat bagi yang tercari cari tentang apa yang perlu di lakukan untuk hidup lebih sihat.

Fokus kita ialah masaalah obisiti, diabetes atau pra diabetes, sakit jantung dan yang berkaitan dengannya termasuk masaalah kesihatan lain yang berpunca dari gayahidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Ramai tidak asing dengan kata kata popular - Kita apa yang kita makan. Pemakanan yang tidak baik akan memberi padah buruk. Tetapi perlu di ingati yang kita juga apa yang kita tidak makan. Makanan sekarang terlalu banyak di proses dan bukan sahaja kurang vitamin, galian, serat dan sebagainya, tetapi juga banyak mengandungi bahan tambahan yang membahayakan kesihatan. Pemakanan suplimen penting untuk sihat.

Benerapa statements yang bermanfaat untuk pembaca:

Dari pakar kesihatan Amerika - Only one-fourth of what you eat is for you to live, and the remaining three-fourth is for your doctor to live.

Dari bijakpandai Cina yang mengamal TCM- Diet Barat atau ala Barat seperti membakaar kayu basah -kini anda faham kenapa berdiet, bersenam tubi, membilang kalori tidak berkesan.

Dari sudut Islam- Makan bila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Bila makan sediakan 1/3 dari ruang perut and untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk udara.

Untuk makluman anda --- The main cause of death in the world is MISINFORMATION.

I shall do my best to provide and update you important information for health, based on science and established practices of many health deciplines all over the world.

Wassallam, TQ