SIAPA KATA LEMAK MEMBUAT ANDA GEMUK . Fat does not make you FAT.
Ramai orang takut lemak lebih dari takut hantu. Jangan biarkan LEMAK menghantui anda. Hantu takut lemak, makanya, dan kurus sebab itu kita boleh nampak tengkorak dan tulang dadanya hantu jika terjumpa di malam hari di lorong gelap.
Yang membuat anda GEMUK ialah KARBOHIDRAT DAN GULA . Contoh karbohidrat (karbo) ialah nasi, mee, pasta, segala jenis roti dari gandum, kueh, kek, cucur bawang. Semua gula yang puteh ke, perang ke, gula Melaka ke asalkan manis. Sudah tentu gula puteh lebih jelek dari gula Melaka kerana cara proses dan kemasukan kimia dll.
Minuman cola, kordial, sirap, teh atau kopi tarek, buahan yang manis, mengandungi banyak gula.
Sayuran dan buahan juga mengandungi karbo, tetapi karbo dari sumber ini baik kerana ada serat, vitamin, galian dan sebagainya.
Karbo yang di makan akan bertukar menjadi gula glukosa dalam badan dan terapung dalam saluran darah. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin menarik gula ini dan menghantar kepada sel sel badan untuk tenaga. Tetapi jika banyak gula dan karbo di makan, gula terapung akan banyak menjana lonjakan insulin.
Apabila gula banyak, dan tidak semuanya mampu di terima oleh sel, bakinya akan di simpan oleh insulin dalam bentuk lemak. Nah sekarang anda tahu yang anda tak perlu makan lemak untuk jadi gemuk. Gula dan karbo adalah punca obisiti dan lein lain penyakit yang ada kaitan dengan lonjakan insulin dalam badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan